Friday, 13 March 2015

PIALA PERBARISAN

1. PAKAIAN TERBAIK SEKOLAH RENDAH

2. PAKAIAN TERBAIK SEKOLAH MENENGAH

3. MASKOT TERBAIK SEKOLAH RENDAH - MSSC Semerah


3. MASKOT TERBAIK SEKOLAH MENENGAH - SMK TUN AMINAH

Johan Sekolah Rendah - MSSC Senggarang

Naib Johan Sekolah Rendah - MSSC Yong Peng


Johan Sekolah Menengah - SMK(P) Temenggong Ibrahim

Naib Johan Sekolah Menengah - SMK Tun Aminah



.

Thursday, 12 March 2015

SENARAI PEMECAH REKOD KEJOHANAN


PUNGUTAN MATA DAN PINGAT HARI TERAKHIR KEJOHANAN MSSDBP KE-48 SEKOLAH RENDAH


PUNGUTAN MATA DAN PINGAT HARI TERAKHIR KEJOHANAN MSSDBP KE-48 SEKOLAH MENENGAH


PIALA PUSINGAN KEJOHANAN


ANUGERAH KHAS MSSDBP KE-48


PIALA PERBARISAN


PENCAPAIAN TERBAIK SEKOLAH MENENGAH DAN CAWANGAN


JOHAN KESELURUHAN MENGIKUT BAHAGIAN DAN UMUR


PESERTA TERBAIK INDIVIDU


Tuesday, 3 March 2015

Pen. Pengerusi Teknik Balapan dan Padang Daerah Batu Pahat


Encik Yusri bin Jarkasi
Pen. Pengerusi Teknik Balapan dan Padang Daerah Batu Pahat

           Encik Yusri bin Jarkasi, nama yang tidak asing lagi di kalangan pengurus pasukan. Pegawai yang bertanggungjawab menyediakan buku pertandingan Balapan dan Padang , jadual pertandingan dan keputusan terkini setiap pertandingan.
   
      Bermula tahun 2006, beliau memperkenalkan sistem pendaftaran secara online. Guru dari SMK Senggarang ini berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat. Dengan kemahiran yang ada, perisian yang dicipta berkaitan dengan acara balapan dan padang ini membolehkan beliau turut bertugas di unit yang sama sehingga ke peringkat antarabangsa.
         
       Beliau turut dibantu seramai 13 orang juruteknik komputer daerah Batu Pahat serta 5 orang pelajar membolehkan tugasan yang dihasilkan begitu cemerlang sekali.

         Semua buku pertandingan tidak dicetak pada kali ini. Ini adalah pembaharuan dan pendekatan baru yang telah diambil. Bahan boleh di akses oleh para jurulatih dengan meletakkan sumber capaian internet di beberapa lokasi di stadium UTHM ini. Dengan moto cekap, cepat dan tepat, beliau mengharapkan agar bahan dan keputusan pertandingan yang diterima dapat mempermudah tugasan di unit yang lain.

PERASMIAN PEMBUKAAN KEJOHANAN MSSD BATU PAHAT KALI KE-48



YB DATO' NORAINI BT AHMAD
Perasmi Kejohanan Balapan & Padang MSSD KE-48 Batu Pahat

            Kejohanan Balapan dan Padang melakar sejarah tersendiri apabila majlis tersebut di rasmikan oleh Ahli Parlimen Parit Sulong, YB Dato' Noraini binti Ahmad. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Yang Berusaha En. Ab Rahim b Lamin Pegawai Pendidikan Batu Pahat, Tn Hj Ghazi b Ali Timbalan PPD Batu Pahat dan Pengetua-Pengetua serta Guru-Guru Besar Sekolah-Sekolah daerah Batu Pahat.

             Majlis tersebut dimulakan dengan sambutan paluan kompang oleh pelajar-pelajar dari SMK Permata Jaya seramai 15 orang.   Acara lintas hormat dimulakan dengan seramai 48 orang pengakap laut yang membawa bendera Malaysia dan Johor. Ia melambangkan 48 tahun kejohanan Balapan dan Padang.
         
            Sebanyak 48 kontinjen mengambil bahagian. 34 kontinjen terdiri daripada sekolah menengah manakala 8 MSSC turut mengambil bahagian.

            Acara gilang gemilang ini dimulakan dengan nyanyian lagu bangsa Johor.  Dalam majlis tersebut YB dato' Noraini  mengucapkan tahniah kepada semua atlit kerana walaupun cuaca panas terik tetap berusaha meneruskan cabaran.

          Dalam Pada itu Tuan Pegawai Pendidikan daerah Batu Pahat, En Ab Rahim b Lamin melahirkan rasa syukur dan menyatakan inovasi yang dibuat oleh MSSD Batu Pahat iaitu penghasilan e-buletin dan buku program online.








En. Mohd Latiffi b. Latin


JK Unit Keselamatan dan Lalu Lintas, En. Mohd Latiffi b. Latin berkata, beliau bersama sembilan pelajar(kadet Polis) telah menjaga pintu masuk stadium dan parking disekitar stadium. Setakat ini, keadaan parking agar padat sedikit walaupun tempat parking khas telah disediakan untuk mereka mereka yang terlibat dengan kejohanan ini. Selain itu, terdapat penumpang yang masuk parking dalam stadium yang memerlukan pas khas. Walau bagaimanapun keadaan ini masih dalam terkawal oleh kadet polis. Sekian terima kasih..

En. Mohd Noor Fikri b. Zool


JK Pertolongan Cemas, En. Mohd Noor Fikri b. Zool berkata, beliau bersama anggota yang lain telah menjalankan tugas dengan professional mungkin bagi memastikan para atlet sentiasa mendapat rawatan yang terbaik. Sehingga kini, hanya terdapat kecederaan ringan sahaja dan atlet masih lagi meneruskan lagi acara mereka. Beliau juga berharap agar semua atlet dapat menjaga diri mereka semasa melakukan aktiviti di padang.

JK Minuman Pegawai dan Minuman


JK Minuman Pegawai dan Minuman, En. Omar berkata, beliau berpuas hati dengan kerjasama semua jawatankuasa dan atlet kerana sudi menjamah makanan dan minuman yang telah disediakan oleh beliau dan hampir kesemua makanan dan minuman telah habis diagih kepada semua orang. Alhamdulilah.

En. Md. Yasin b. Salleh


Pengurus Kontinjen SMK Dato Seth Yong Peng, En. Md. Yasin b. Salleh berkata, beliau dengan kekuatan 43 atlet telah memperolehi satu pingat Perak dalam acara Lompat Jauh dan kesemua atlet dalam keadaan baik dan sihat dalam menjalani arena ini. Beliau juga berpendapat kejohanan ini amat memberangsangkan dan sangat baik kerana dengan kelengkapan yang ada di Stadium UTHM ini. Syabas!

Pn. Cik Kamariah bte. Che Yahya



Jurulatih SMK Dato Syed Esa BP Pn. Cik Kamariah bte. Che Yahya berkata, beliau bersama 65 atlet dan lapan jurulatih yakin dengan usaha akan membuahkan kejayaan dimana pada hari ini mereka sudah merangkul tiga pingat emas, dua pingat perak dan dua pingat gangsa. Dengan motto yang begitu bersemangat iaitu ‘One School, One Dream’ dan Satu Atlet Satu Emas’. Walaupun ada sedikit masalah berlaku ianya tidak mematahkan semangat para atlet mereka untuk terus berjuang.

Tn. Hj. Mohd. Zaim b. Hj. Mohd Dewa



Pengurus Kolej Vokasional Batu Pahat Tn. Hj. Mohd. Zaim b. Hj. Mohd Dewa berkata, beliau sangat bersyukur kerana buat kali ke-3 MSSD berlangsung di Stadium UTHM yang begitu strategik untuk acara balapan dan padang. Beliau bersama 18 atlet telah merangkul dua gangsa dan satu perak dalam acara lontar peluru. Motto KVBP ialah ‘Go! For Gold!!’

Ng Yong Jie - Pecah Rekod Lembing



Rejaman sejauh 57.06 M membolehkan Ng Yong Jie daripada SMK Tinggi Batu Pahat dinobatkan sebagai juara sejurus memecahkan rekod lama kejohanan  iaitu sejauh 48.00 M. Sejak rejaman pertama lagi beliau sudah menunjukkan kesungguhan untuk menggenggam kejuaraan. Dibimbing sepenuhnya oleh jurulatihnya yang dikenali sebagai Encik Sunny dan Encik Ali yang sentiasa memberi kata-kata semangat dan dorongan. Ng Yong Jie berharap akan meneruskan minatnya dalam bidang olahraga dan berharap bakatnya terus bersinar pada masa akan dating. Beliau sentiasa berpagang teguh pada motonya iaitu “ Practice Make Perfect”.

Tn Hj Ahmad Fadzil bin Yaani (Jawatankuasa eBuletin)


Tn Hj Ahmad Fadzil bin Yaani
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
SMK Dato Syed Esa
(Jawatankuasa eBuletin)

Bersyukur kami ke hadrat Allah kerana dengan izinNya SMKDSE diamanahkan buat julung kalinya untuk menerbitkan eBuletin MSSDBP kali ke-48 bagi tahun 2015 menggunakan teknologi multimedia iaitu whatsapp, telegram dan eBuletin.

Tugas eBuletin adalah tugas baru dan terkini dapat memberi pengalaman kepada guru dan pelajar SMKDSE dalam bidang penerbitan elektronik dan bidang kewartawanan. Wartawan SMKDSE mendapat kerjasama dari semua pegawai dan kontinjen bagi mendapatkan berita yang terkini.

Segala kekurangan sepanjang kami memberikan liputan kepada semua yang terlibat kami memohon kemaafan dan kami sedia menerima maklum balas untuk penambahbaikan di masa hadapan.
Sekian terima kasih.

Pengerusi             :  Pn Hjh Faridah bt Kalam
Timb. Pengerusi  :  Tn Hj Ahmad Fadzil bin Yaani
Naib Pengerusi    :  Tn Hj Md Mokhtar Ashari bin Nahlawi
                                Tn Hj Mohd Atan bin Mohd Salleh
                                Pn Kalsom bin Haron
Setiausaha            :  En Mohamad Fairdaus bin Misnan
AJK Guru            :  Pn Rosmah binti Abdullah
                                En Ibrahim bin Sofian
AJK Pelajar         :  Aiman Syafiq bin Shamsul Anhar
                                Syafiq Adli bin Mustaffa
                                Muhammad Faris Iskandar bin Mohammad Harmay
                                Muhamad Nastain bin Misnan
                                Muhammad Izzul Ari bin Izuddin Effendy



Sekitar Raptai



Tarikh : 28 Mac 2015
Masa   :  7.30 pagi
Lokasi :  Padang UTHM, Parit Raja, Batu Pahat, Johor

          Sesi raptai penuh MSSD kali ke 48 berjalan dengan lancar. Sesi tersebut dikendalikan oleh jawatankuasa Perasmian dan Penutup, SMK Dato' Sulaiman.  Sesi raptai penuh itu disertai oleh kumpulan pancaragam dari SMK Temenggong Ibrahim dan pemain drum beat dari SMK Tinggi. Sesi raptai ini di ketua oleh  En Kamil b Jikan.






          Dalam pada itu,  satu mesyuarat penyelarasan akhir telah di buat pada  24 Mac 2015. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tn Hj Mohd Salleh b Mohd Noor. Pada mesyuarat tersebut beliau berharap MSSD ini dapat berjalan dengan lancar dan cemerlang.



Monday, 2 March 2015

TN HJ MOHD SALLEH B MOHD NOOR (PENOLONG PPD - UPK)


         Assalammualaikum dan salam sejahtera, pada tahun ini sekali lagi saya diberi kepercayaan untuk menguruskan kejohanan  MSSD dan sudah tentu ianya merupakan satu tugas yang amat mencabar kerana kejohanan kali ini dijalankan dalam cuaca agak panas ketika ini dan stadium UTHM sekali lagi dijadikan venue untuk kejohanan ini.

Sehingga kini, saya berpuas hati dengan perjalanan kejohanan dan pada tahun ini MSSD telah membuat satu tranformasi dari sistem pencetakan kepada sistem e-Buletin yang akan dimuat turun dalam telefon pintar. Sistem ini dilaksanakan sebagai langkah untuk menjimatkan kos cetakan dan mudah diakses.  

          Selain itu, segala surat-menyurat dan buku program boleh dimuat turun dalam laman web yang telah disediakan oleh pihak penganjur serta segala keputusan terkini kejohanan akan terus diketahui oleh umum melalui kaedah tersebut. Pada tahun ini juga pihak kami telah menyediakan dua khemah besar untuk atlet muslim untuk menunaikan solat lima waktu dengan selesa.
         Pada majlis pembukaan esok, pihak kami akan menyerahkan satu banner kepada setiap kontijen yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Saya juga berharap pada tahun ini, misi MSSD Batu Pahat untuk setiap atlet menjadi Johan pada kejohanan MSSJ di Kluang, Johor menjadi kenyatan iaitu dengan mensasarkan satu emas bagi setiap acara dan sekolah.

Pihak MSSD juga akan memberikan insentif kepada pemecah rekod kejohanan iaitu RM30.00(MSSD), RM50.00(MSSJ) dan RM100.00(MSSM) sebagai tanda semangat kesukanan. Akhir kalam, saya ingin menasihatkan kepada semua ahli jawatankuasa dan atlet-atlet khasnya supaya menjaga kesihatan diri dan sentiasa minum air yang secukupnya memandangkan cuaca kini agak panas dan terdapat berita buruk ekoran fenomena ini.
Sekian terima kasih.. 

“Majulah Sukan untuk Negara”


Emas Pertama SMK Dato' Syed Esa


Memenangi emas pertama bagi SMK Dato’ Syed Esa bagi acara lontar peluru lelaki 13, Muhammad Aminuddin bin Mohd Kamal menjadi pemangkin membakar semangat atlet-atlet dari sekolah ini dalam mengejar misi mengembalikan takhta kejuaraan yang terlepas pada tahun 2014.
         Beliau juga mengambil acara merejam lembing dan melontar peluru bagi MSSDBP ke-48 kali ini. Dengan motto ‘One Event, One Medal’, beliau bercita-cita menjadi atlet negara yang berjaya. Mendapat sokongan dari jurulatih Muhammad Fitri bin Abu Hassan Ashari dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum Tn Hj Ahmad Fadzil bin Yaani. Berpengalaman acara yang sama pada tahun lepas sehingga MSSJ.

KEPUTUSAN PERTANDINGAN HARI KEDUA - SIRI 2 (MSSC - Sekolah Rendah)

  Pasukan Bawah 10 Bawah 12 Pingat Mata
P L P L E P G
1 MSSC SENGGARANG 20 0 17.5 20.5 3 0 0 58
2 MSSC BANDAR 5 5 28.5 14 1 1 1 52.5
3 MSSC PENGGARAM 0 2 25 16 0 2 2 43
4 MSSC PINTAS PUDING 9 9 2 17.5 1 2 0 37.5
5 MSSC SEMERAH 3 10 7 7 0 0 2 27
6 MSSC PARIT SULONG 2 15 5 4 1 0 0 26
7 MSSC YONG PENG 0 0 7 13 0 1 0 20
8 MSSC AIR HITAM 7 5 0 0 0 0 1 12

Sunday, 1 March 2015

KEPUTUSAN PERTANDINGAN HARI KEDUA - SIRI 2 (Sekolah Menengah)

Pasukan Bawah 13 Bawah 15 Bawah 18 Bawah 20 Pingat Mata
P L P L P L P L E P G
1 SMKDSE 18 46 82 27 27 15.5 0 0 7 4 4 215.5
2 SMKSGD 36 29.5 59 33 11 15 0 0 6 6 4 183.5
3 SMKTI 11 35 12 5 23 6 0 0 2 2 1 92
4 TIGS 70 0 10 0 7 0 0 0 3 2 2 87
5 SMKSGR 2 19 36 13 13 3 0 0 0 4 2 86
6 STBP 0 26.5 0 26 0 29 0 0 3 0 2 81.5
7 SMKDS 18 33 7 8 9 4 0 0 1 1 4 79
8 SMCHJ 15 7 5 0 15 33 0 0 3 1 0 75
9 SMKSM 18 1 6 30 5 4 0 0 1 1 2 64
10 MRSM 0 0 4 28 16 7 0 0 1 1 1 55
11 SMKDM 3 11 12 4 7 16.5 0 0 0 2 2 53.5
12 SMKDO 8 10 0 0 24 0 0 0 1 1 1 42
13 SMKPS 6 5 7 6 3 12 0 0 0 0 1 39
14 DSETH 0 8 3 26 0 0 0 0 0 2 0 37
15 SMKDOJ 0 0 0 0 34 0 0 0 2 0 0 34
16 SMSBP 9 2 9 5 8 0 0 0 0 1 0 33
17 SMKTA 1 0 12 0 10 0 0 0 0 1 0 23
18 KVBP 0 0 0 0 7 14 0 0 0 0 2 21
19 SMKTMI 7 2 0 0 0 9 0 0 0 1 0 18
20 SMKPJ 0 15 0 0 0 1 0 0 1 0 0 16
21 SDBL 0 5 1 0 0 9 0 0 0 1 0 15
22 SMKC 0 0 6 0 8 0 0 0 0 0 0 14
23 SMKBJ 0 3 0 5 0 5 0 0 0 0 0 13
24 SMKSP 0 12 0 0 0 0 0 0 0 0 1 12
25 SMRAH 8 0 0 0 2 0 0 0 0 0 0 10
26 SMKTS 0 0 0 9 0 0 0 0 0 0 1 9
27 SMKTP 0 7 0 0 0 1 0 0 0 0 1 8
28 SMKYP 0 0 5 0 0 0 0 0 0 0 0 5
29 SMKMS 0 4 0 0 0 0 0 0 0 0 0 4
30 SMAA 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
31 SMCYP 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
32 SMAPR 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
33 SMAPS 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
34 SMAJAU 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0